Saturday, October 24, 2009

Bahasa Jiwa Bangsa

Greetings to all reader.

Baru sebentar tadi melawat blog kawan aku, Alia Fazlin-yang-aku-panggil-Yot. Dia bercerita tentang cintai bahasa kita. sayangi bahasa orang lain (baca tau!). Telah membuatkan aku berfikir sejenak. Dan membuatkan kita masih lagi "Tak 1Malaysia" bak kata kawan aku lagi sorang, Huda. Tapi jangan risau ya, isi kandungan antara post Alia dan aku agak berbeza walaupun membincangkan hal yang sama. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila tengok video dibawah dulu. Jangan risau, video ini tiada unsur² keterlaluan pun. hihi..


Kagum? Apa yang terlintas di pemikiran korang? Terasa lain? Lawak? Atau sungguh bangga?

Ucapan ini disampaikan oleh Managing Director of Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd, Toni Brendish. Semasa pembukaan rasmi di Seminar Cerna Ceria oleh Dumex Dugro di Hotel Grand Dorsett, Kuala Lumpur, pada 10.10.2009. Mak aku dapat invitation tuk pergi ke seminar ni walaupun bekerja sebagai kerani saja, sebab mak aku bekerja di PPUM, bahagian Dietitik. So dalam susu² ni, mak aku banyak bekerjasama (selalu order susu) dengan Dumex.

Masa kat sana, macam sedikit bosan dan sakit (sebab senggugut). Aku hanya memerhatikan orang je. Mak aku pulak "terpaksa" menghilangkan diri sebab nak mempraktiskan diri dulu sebelum masuk dalam salah satu acara tu nanti.Aku pun melepak la dengan kekawan mak aku (sib baik muda2 lagi, dan bukan makcik2 sangat). haha.. Macam biasa, setiap seminar atau majlis akan dimulakan dengan ucapan oleh seseorang dari ahli jawatankuasa tertinggi dari syarikat tu. Aku pun tengok siapa yang akan berucap nanti, tiba² "Owh, minah omputih. mesti cakap omputih.". Sekali beliau berucap, TEERKEJUT AKU! Beliau mulakan ucapan dalam BAHASA MALAYSIA!! Naik² pentas terus cakap dengan bahasa kita. SANGAT KAGUM!

Pada awal ucapan, aku tak sempat rakam sebab tak jangka beliau akan bercakap dalam BAHASA MALAYSIA. Lepas beliau ucap satu ayat, baru aku sempat rakam. Macam yang selalu kita tahu setiap orang "luar" yang berucap dalam bahasa Malaysia, mesti ada cacat kekoknya.  Terdengar jugak hilaian ketawa² kecil dari kalangan tetamu, mengelakkan beliau kerana lucu. Aku pun tak terkecuali. Sebab bila dah selalu bercakap dengan bahasa sendiri, dan dengar pulak orang "luar" cakap bahasa kita memang akan ada yang tersalah sebut dan akhirnya itu yang akan menjadi lucu.

Tapi aku kagum dengan beliau. Walaupun orang ada ketawa, beliau terus jugak memberi ucapan. Walaupun ada pelat, tapi jelas sebutannya (ada gak 1,2 ayat yang aku takpaham). Tapi sayang, beliau bagi ucapan dalam bahasa Malaysia agak singkat. Sekejap je, pastu cakap English balik. Tapi tak mengapalah. Nampak juga kesungguhan disitu. Itulah salah satu kelebihan orang "luar", bersungguh² nak mengambil hati kita iaitu orang Malaysia nih.

Berlainan pula dengan masyarakat orang luar kan? Masyarakat kita pula beriya² dan bersungguh² nak pakai bahasa orang luar bila berucap. Sebab tu bila berucap yang selalunya, semua nak pakai bahasa orang lain. Jarang pula dalam majlis besar², orang kita nak berucap dalam bahasa sendiri. Kenapa macam tu? "Taraf bahasa kita adalah kurang daripada bahasa orang lain"? Itu mungkin juga ada pada pemikiran mereka.

Mencipta standard tersendirikah? Jangan anggap bile dah speaking, korang tetiba ada standard tersendiri.Standard seseorang insan, terletak pada dirinya sendiri. Buat perkara tah apape tapi cakap speaking pun, hancur gak standard. haha..Sebab aku pernah terdengar ada orang cakap macam ni masa seseorang nak berucap, "Berucap dalam bahasa Malaysia TAK GLOBALIZE la". Aku terus berkata begini dalam kepala otak aku, "Berucap dengan English, tapi audience sume ORANG MALAYSIA. GLOBALIZE LA SANGAT²!!". hahaha..

adoi yai. sekian saja penulisan aku(kalo taip lagi kang, abih perihal satu dunia aku komen).

Pengajaran. Aku pun bukan lah "perfect" sangat. Sesekali dua tuh tersembur jugak MalayLish kat blog nih (eerrr, berkali2 kot). Tapi aku takdelah pandang rendah pada bahasa kita sendiri. Hari² bercakap dalam BAHASA MALAYSIA. Takkanla tetibe keluar rumah, terus cakap speaking pulak. Dan bila kita belajar bahasa orang, jangan pula lupa bahasa sendiri. Ingatlah ini, "Kita belajar bahasa orang lain bukan untuk bermegah² dengan bahasa itu, tapi kita sebenarnya sedang mengkaji budaya² dan latar belakang orang lain." www.tips-fb.com

2 Nukilan Orang:

Mr. J @ pengerindu.com said... BALAS

Org kita Malaysia sendiri sibuk2 nak cakap omputih dengan kawan2 sendiri. lainlah kalau cakap dengan mat salleh. itu lah Malaysia. hehe.

MsAnisSyahirah said... BALAS

hahahaha...

biasalah tu...kita terlampau ikut orang luar..pengaruh besar..huhuhu..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...