Dalam pukul 12 (tengah malam) tadi, aku dah mule rase ngantuk. Off ym, off facebook, tapi takleh nak of internet sebab angah nak gune pulak. Ok, biarkan. Aku yang konon2 nak tido, tetibe terase lapar pulak. Owh, WTH! Aku godek2 peti ais. Ternampak sosej cheese, aku pikir "Bagus gak nih.". Aku godek2 lagi, "Owh, ade air nescafe la!". Macam ape je kan. Baru teringat, yang nescafe panas yang aku beli pagi tadi tak abis rupanya. Kirekan macam bagus gak. Goreng sosej dan minum la air nescafe yang dah disejukkan. Mantap betul supper aku! hahaha..
Kemudian tryla nak lelapkan mate. huhu.. Tak lame pastu.. Mate aku kembali segar bugar. Terus meluru ke toilet. Melabur. Adoi! Penangan nescafe tadila. Info kepade semua, aku memang takleh tahan kalo minum nescafe. Mesti melabur, dan mate akan jadi penuh bertenage. Tapi minum nescafe bagus ke ek? Aku pun search la kat boipren pertame aku dulu, Mr Google. Terjumpe la ini.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nescafe 3 in 1 penyebab sakit buah pinggang????
Aku terjumpe satu cerita ni. Student mengadu kat lecturer yang kesihatan die semakin teruk. Lecturer tu tanyekan die, ape simptom2nya. Antare yang dikesan adelah:
1. Kerap berdebar tidak tentu masa. Kadang2 time membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar laju.
2. Bila jantung berdebar berlaku, diikuti dengan dahi berpeluh.
3. kerap merasakan kesakitan pada dada.
4. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
5. Semakin tak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan kalau kena panas, badan akan berpeluh dan tidak selesa.
6. Tapak tangannya basah.
"Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan “Engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)"
Ini tips untuk merawat pulak:
1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecahtanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari..
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wah, baru aku tau! huhu.. Ni ade lagi. Bace yer..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MUNGKIN anak anda gemar menikmati secawan kopi setiap pagi sebelum ke sekolah atau anda yang membancuhkannya setiap malam sebagai teman mengulangkaji pelajaran.Kesan pengambilan kafein pada setiap individu berbeza. Bagi kebanyakan doktor perubatan pula, mereka menyarankan wanita hamil dan ibu yang menyusukan bayi patut mengurangkan pengambilan kafein. Walaupun dalam jumlah sedikit atau sederhana belum dapat dibuktikan boleh mengganggu bayi, tetapi yang selalu ditegaskan dalam kebanyakan kajian, kafein boleh memburukkan masalah jantung atau saraf.
Prof Suhaila Mohamad dari Fakulti Sains dan Sains Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata kafein bersifat diuretic (tindakan yang menyebabkan banyak air dikumuhkan)."Bagi orang dewasa pula lazimnya sifat yang diuretic menyebabkan individu yang mengambil kafein akan kerap membuang air kecil," katanya.
Difahamkan meminum kopi lebih daripada tiga cawan boleh meningkatkan risiko barah, tetapi setakat ini tiada kajian saintifik yang menyokong kenyataan itu. Kajian hanya dijalankan kepada mereka yang gemar minum kopi dan sebaliknya, yang mana didapati orang minum kopi memiliki ingatan lebih baik. Bagaimanapun, Prof Suhaila berkata, dalam apa juga pengambilan makanan sekali pun, sifat bersederhana adalah lebih baik kerana setiap perkara itu ada keburukan dan kebaikannya.
Kesan pengambilan kafein yang sedikit:
1.Mengganggu corak tidur. 2.Meningkatkan degupan jantung.
3.Meninggikan tekanan darah.
4.Kerap membuang air kecil.
5.Tangan terketar-ketar perlahan.
6.Kurang selera makan.
Kesan pengambilan kafein dengan jumlah yang banyak:
1.Resah dan gelisah.2.Sukar menumpukan perhatian.
3.Sakit kepala.
4.Sukar tidur.
5.Keliru dan kadang-kala berhalusinasi.
Kafein dalam pemakanan: Secara umum kafein lebih banyak ditemui dalam kopi (54 peratus), teh (43 peratus), minuman kola dan ubat-ubatan (3 peratus).
Fakta: KafeinKafein adalah sejenis ‘ubat’ (drug) yang dihasilkan secara semula jadi dalam daun dan biji benih. Ia juga boleh dihasilkan secara tiruan dan ditambah ke dalam sesetengah makanan. Kafein dikategorikan dalam kumpulan ubat yang sama dan kadang kala digunakan untuk merawat lelah.Bertindak menstimulasi sistem saraf tengah menyebabkan peningkatan dalam degup jantung dan sifat waspada (alertness).
Kebanyakan orang yang sensitif dengan kafein mengalami pertambahan dalam tenaga dan ‘elevation mood’.Ada dalam daun teh, biji kopi, coklat, kebanyakan minuman soda dan sesetengah ubat melegakan kesakitan.
Fakta: Jumlah kafein dalam minuman
Kopi yang disaring (250ml) 200-250mg
Kopi yang ditapis (250ml) 100-150mg
Kopi segera (250ml) 80-150mg
Kopi tanpa kafein (250ml) 4-8mg
Teh (250ml) 20-200mg
Teh ais (350ml) 12-28mg
Minuman kola (375ml) 30-75mg
Minuman untuk tenaga 375ml 150mg atau lebih
Coklat panas (250ml) 10mg
Coklat bar (200gram) 60mg
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
OK. Kepade Ms.Anis Syahirah! Janganla minum nescafe lagik!. SILA IKUT ARAHAN! huhu..
p/s: Sumber asal dari Pencarian Bidadari Syurga - Nescafe oh Nescafe dan Lagi fakta Tentang Nescafe..info yang berguna untuk aku, "Seorang Pengemar Nescafe."





13 Nukilan Orang:
That's why aku xleh tdo...
Skrg nie aku ader sleep disorder...
Time malam, susah sngt nk tdo...
Wlaupun dh lama aku xamalkan minum Nescafe...
Dulu aku mmg suka nescafe...
Hari2 aku minum nescafe @ sewaktu dgnnya...
Tapi atas sebab2 tertentu, aku kurangkan pengambilan minuman kafein...
Tapi masalah lain lak yg jadi...
Semakin hari aku susah tido waktu malam...
Skrg nie aku boleh tak tdo malam pun...
Hebat tak? Gara2 kafein...
Nasihat aku...
Klau boleh elak minum minuman berkafein, elakkanla...
Especially kpd student U or college, bile time exam tu suke stay up waktu malam study sambil minum nescafe @ sewaktu dgnnya...
Jangan la amalkan...
Salam...
huhu...
memang kan? susah nak ubah balik time tido. aku nak try ubah balik. sebab aku pompuan kan.
mengundang bahaye gak kalo pompuan tak tido malam nih. skarang mungkin tak nampak. dah kawen nanti baru tau. huhu..
Sampai camtu sekali? Dasyat ye nescafe ni. Me mmg alah nescafe..even teh coz caffein kan t pening kepale..
Rasenye evn nescafe hilangkan nagntuk but otak kite tak berfikir dengan baik. based on experience la...
nak link post ni ye info sgt berguna ;)
tau pun...
jgn mnum nescafe lg...
wee~
minum je ais suam..lagi baik.. keh keh keh..
aku tak suka kopi tapi aku suka ais krim,burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
hohoho
i jenis yang kurang minum minuman panas , apalagi kopi , teh . tak kira sejuk atau panas i suka Lemon ais ataupun limau ais, my favorite . bila dulu study pun tapau limau ais..
Cik N : Silakan link..kita sebarkan info ni bersame2 ya..
~ miErA ~ : hihi..ok, pasni dah tak minum dah..
Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub : betul2..hahaha...
Huda : hahaha..part minum aku leh kontrol lagi, part makanan tu macam susah je..hahaha...
Mr J : haha..kalo boleh, kurangkan jugak minum ais2..nanti stamina lemah, kalo selalu minum ais..hihi...
aku xminum nescafe now, bahaye woo. aku minum kopi. itupun, time poyo nak study. muahaha
lizz..hahahaha...tu la..mase study, memang salu nak minum kopi or nescafe..
bile dah tau nih, igt nak berenti la...
hahaha...
Hmm..kepada yang ada effect susah nak tido malam tu, cuba petang2 keluar bersukan. Pastu makan jangan lewat sgt. Insyaallah malam senang nak lene..
Bagi yg tegar kafein (macam aku..hehe), banyakkan minum air suam. Ataupun kalau boleh tukar produk ke Kopi Radix (HPA) ke, tu lagi menyihatkan..effect berjaga sama mcm nescafe, tapi mempunyai khasiat tersendiri..=)
kopi radix ek?
penah minum gak..sedap pun, sedap..
hihi..
tips yang bergune tuk tido malam :
1. senam time petang
2. jgn makan memalam
hihi...
hahaha. patotlaah.
Post a Comment